Monday, December 12, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN & REFLEKSI 5

 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

Mata Pelajaran    :  Dunia Seni Visual                                      Masa: 60 minit

Kelas                    :  2 Bijak
Bidang                 : Menggambar  (Gosokan)                      Tema dan Tajuk : Objek Buatan Manusia-Robot/       Sponge-Bob
Standard pembelajaran
:
1.1  Persepsi Estetik
       1.1.1  - 1.1.1.1
                  - 1.1.1.2
                  - 1.1.1.3
                  - 1.1.1.4
       1.1.2  - 1.1.2.1
                  - 1.1.2.2
1.2 Aplikasi seni
      1.2.1  - 1.2.2.1
                 - 1.2.2.2

1.2.2         - 1.2.2.1

1.3 Ekspresi Kreatif
- 1.3.1
- 1.3.2
- 1.3.3

1.4 Apresiasi Seni
       - 1.4.1
       - 1.4.2
Objektif Pembelajaran
:
Pada akhir pembelajaran murid dapat: (Rujuk standard kandungan mengikut tajuk)
1. Menghasilkan gambar menggunakan media kering dengan teknik gosokan yang menekankan unsur garisan.
2. Menghasilkan gambar teknik gosokan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
3. Membuat apresiasi terhadap karya
Aktiviti  P&P
:
1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab mengenai lukisan dan pelbagai jenis permukaan jalinan.
2. Guru menunjuk cara gosokan untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan pada contoh lukisan.
3. Murid menghasilkan memilih permukaan yang sesuai untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan.
4. Murid membuat gosokan pada gambar untuk mendapatkan pelbagai kesan jalinan yang menimbulkan bentuk dengan bimbingan guru.
4. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang dihasilkan.
EMK
:
Kreativiti, Keusahawanan (EK1-EK 5) TMK dan Nilai murni
TMK, Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi
Bahan Bantu Belajar
:
1.   Contoh : Contoh lukisan menggunakan teknik gosokan
2.   Media   :  Alat – Pelbagai jenis permukaan berjalinan
                     : Bahan – Kertas lukisan dan pensel warna
Penilaian P&P
:
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti gosokan berdasarkan empat Standard Kandungan.
Refleksi
:
Pada akhir pembelajaran:
10 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 5 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang.



Bahan Bantu Mengajar






 1. Talam yang bergaris, penapis dan daun.







 2. Cetakkan gambar Spongebob .



3. Akhir sekali, warnakan gambar dengan menggunakan kaedah gosokkan di atas permukaan yang talam yang bergaris, penapis atau daun.







REFLEKSI;

A) KEKUATAN
Selepas sesi pengajaran teknik gosokkan, saya dapati kekuatan saya ialah saya mudah menarik minat melalui aktiviti yang saya jalankan. Contohnya, murid-murid kelihatannya sangat seronok menjalankan aktiviti menggosok. tambahan pula aktiviti gosokkan lebih mudah berbanding dengan teknik mewrna menggunakan cat air.

B) KELEMAHAN:
 Murid agak terikat dengan teknik gosokkan menggunakan talam, alat penapis dan daun.

C) CADANGAN MENGATASI:
 Di masa akan datang, saya boleh menyediakan lebih banyak pilihan alat yang boleh digunakan untuk teknik gosokkan berbanding dengan hanya 3 alat yang saya sediakan.Saya rasa, kepingan duit syiling, kulit bawang besar, netting (jaring) juga sesuai untuk digunakan bagi mempelbagikan lagi  corak gosokkan.

1 comment: