Sunday, December 11, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN & REFLEKSI 3

RANCANGAN MENGAJAR KAJIAN TEMPATAN

Tarikh           : 7 Januari ,  2011

Masa              : 12.10- 01.10 p.m

Kelas             :  Tahun 5

Jumlah Murid    : 3 orang

Tema                   :3.0  Mengenal Negara Kita

Sub topi    : 3.1 Lokasi Malaysia

Huraian Pembelajaran:
3.1 Menyatakan kedudukan Malaysia pada peta Asia Tenggara berpandukan arah mata angin

3.2 Menyatakan kedudukan Malaysia pada peta Asia.



Aktiviti:
1. Set Induksi: - Nyanyian lagu “Satu Malaysia”
                      





2. Langkah 1: Memperkenalkan kedudukan Malaysia menggunakan peta Asia Tenggara



3. Langkah  2 : Membaca Arah mata angin



4. Langkah 3 : Menyatakan kedudukan Malaysia berpandukan peta Asia Tenggara dan arah mata angin



































5. Penutup : Nyanyian “Negaraku” .



Bahan Bantu Mengajar: Globe, Kompas, peta Asia Tenggara , Video klip lagu "Satu Malaysia" & "Negaraku" ,  Lembaran Kerja


2.0  Refleksi SELEPAS SESI Pembelajaran & pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, saya dapat merumus bahawa sesi pengajaran keseluruhan dapat mencapai objektif yang dikehendaki.

2.1       Kekuatan

Selepas pengajaran makropengajaran iaitu dengan mengajar murid yang hanya seramai empat orang di dalam kelas saya kerana sekolah saya tergolong dalam Sekolah Kurang Murid (SKM) saya mendapati kekuatan yang ada pada saya  ialah saya mudah mengawal keadaan kelas dan melibatkan mereka secara aktif di dalam sesi pengajaran saya.

Selain itu, penggunaan Bahan Bantu mengajar yang menarik iaitu Presentation Power Point berupa lagu dan lyrik sebagai permulaan (set Induksi) sesi pembelajaran mampu menarik minat murid saya untuk mengikuti sesi pelajaran yang selanjutnya. Sementara itu untuk pengembangan isi pelajaran saya juga telah menggunakan peta Asia Tenggara beserta kompas (penunjuk arah mata angin) sebagai Bahan Bantu Mengajar mampu mengekalkan minat pelajar untuk mengikuti pelajaran selanjutnya hingga akhir.

2.2       Kelemahan

Kelemahan yang nyata dalam sesi pengajaran saya ialah murid kurang membuat latihan secara bertulis. Murid lebih banyak melakukan latihan secara spontan iaitu apabila nama mereka dipanggil barulah mereka tampil ke depan untuk melabel pada peta atau meyatakan kedudukan Malaysia di peta menggunakan kompas.

2.3       Cara mengatasi
Di masa yang akan datang, saya bercadang agar menyediakan sekurang-kurangnya 2 lembaran kerja sebagai aktiviti untuk mengukuhkan pemahaman pelajar.





No comments:

Post a Comment